Friday, October 4, 2013

10 Perkara Membina Kepakaran



1. Fikirkan bagaimana anda boleh beri maklumat kepada orang yang memerlukan
"Perniagaan wujud kerana masalah, masalah adalah peluang" -DAO

2. Bina passion dan knowledge

3. Kaitkan dengan orang ramai

4. Bersedia sentiasa dalam apa sahaja keadaan, maksudnya kita sentiasa pakar bukan kadang-kadang pakar

5. Pilih dengan siapa kita nak berurusan. Focus atau niche

6. Buat kempen yang konsisten kerana manusia mudah lupa

7. Elakkan caj orang ikut jam tetapi letak ikut nilai ilmu kita

8. Jangan mula terus besar-besaran. Mula dengan apa yang ada di tangan

9. Buku yang kita tulis sendiri adalah business card terbaik (digalakkan menulis buku yang diterbit, nama kita akan terus jadi berkredibiliti kerana telah menulis buku)

10. Berkongsi kisah hidup dan pengalaman. Pendapatan seorang pakar tidak dapat dijangka dengan mudah.



-dipetik dari seminar Intensif Jutawan Industri Dr Azizan Osman

Thursday, October 3, 2013

Dinner dengan best friend


Bestnya harini dapat dinner dengan kawan baik sejak sekolah menengah, Fatimah Suhana. Dah 14 tahun kenal. Lama masa berlalu.
Maaflah muka tu tak make up langsung lepas mandi terus keluar. Macam budak sekolah dah. 

Noor Maslina
Www.maskay.my

Monday, September 30, 2013

8 Anak angkat

Salam sejahtera

2 minggu lepas seorang puan telah menyerahkan "anak-anak angkat" kepada saya. Secara tiba-tiba ada 8 ekor kucing di rumah termasuk kucing sedia ada Tobby dan Kitty (akan saya kongsikan nanti)

Ini sangkar yang memang sedia ada. Kadang-kala bila keluarkan mereka dari sangkar memang huru-hara. Membuang air merata-rata, menyebabkan saya melakukan aktiviti mop 3-4 kali sehari.

Comelnya anak-anak kucing sedang menyusu.

Bila lepaskan sekejap huru-hara, ada yang tidur dalam kopiah jawa ni (tak ingat dipanggil apa). 


Jadi saya buat keputusan untuk beli sangkar yang lebih besar. Gembira je mereka sebab kucing ni suka tempat yang tinggi dan suka bertenggek.

Sambil bermain dengan alat mainan kucing warna kuning tu yang kitty dan tobby tak nak main. Berbaloi juga beli walaupun dah lama.

Sangkar ni sebenarnya kalau ikut ada 3 tinggat "tenggek" yang sempit tapi saya ubah supaya jadi lapang di atas, dan jadi satu tingkat je.

Yang paling suka mereka pandai pula tidak berak merata-rata di dalam ni. Elok je pakai pasir kucing yang kami sediakan.  Mungkin mereka rasakan lantai tu macam tandas.

P/s:
Posting ini ditulis di dalam LRT semasa pulang kerja, sebab ada pelanggan nak COD Deluxe Bamboo Corset di KL Sentral. 

Sampai di destinasi LRT Taman Bahagia ada orang jual Anlene ni beli 8, RM10 (harga biasa RM14), dia kata bagi saya free 1, saya minta lagi satu jadi dapat 10 kotak hehe. Dia kata bagi kat saya je free tu orang lain tak dapat. Iyela tu... Ayat marketing ni
Sori gambar blur sebab gelap.

Thanks hubby sebab tunggu di LRT selama setengah jam sebab asik borak dengan pelanggan yang cantik tapi segan bila saya nak ambil gambar dia.

Ok tu je, dah sampai rumah....

Noor Maslina
Www.maskay.my


Sunday, September 29, 2013

Selamat Hari Jadi Che Ah

Harini harijadi rakan sekerja, Che Ah atau nama sebenar Nurshairah. Memang meriah sekali. Kalau di PCSB ni department kami yang paling riuh dan happening.

Apapun selamat hari jadi
Semoga murah rezeki, dan cepat kahwin.
Masih single and avaialable ni. Hehe promote pulak

Selamat hari jadi!




Noor Maslina
Www.maskay.my

Penawar sembelit semulajadi

Dah 3 hari saya tak dapat buang air besar. Rasa macam seksa betul. Dah lama juga tak kena.

Walaupun sembelit ni bukan penyakit kronik tapi bila kene tu aduhai, sampai berdoa ni Ya Allah janganlah saya kene sembelit lagi.

Kalau sakit perut tu lain, ini rasa nak keluar tapi tak dapat lagi seksa.

Maaflah kalau topik ni macam geli-geli hehe. 

Bila kene penyakit ni barulah rasa bertapa nikmatnya kesihatan. Kalau kita banyak duit tapi tak sihat tak guna juga.

"Kenapa dikatakan kesihatan itu kejayaan sebab berapa ramai orang yang kita tengok berjaya, hebat, bila suatu hari dia sakit semua perniagaan dan kerjaya dia merosot" -Dr Azizan Osman

Ya memang benar.

Alhamdulillah harini dah lega sangat dapat buang air. Saya nak kongsikan penawar paling cepat sembelit iaitu buah betik. Setakat ni memang setiap kali saya cuba memang berjaya. Iaitu dengan makan betik.

Saya ingat lagi suatu hari kena sembelit di rumah mak mertua, dia cadangkan makan betik. Jadi suami pun bawa pergilah cari kedai buah ni, nak beli betik. Makanlah banyak mana yang mampu, insyaAllah esok tu dah boleh buang air dengan baik. Semalam saya makan dua potong yang panjang, sebab tinggal dua potong tu je di kedai jual buah potong. 

Bersyukur sangat ada orang jual betik pula di kawasan seminar tu. Mungkin kita fikir apalah sangat jual buah RM1 je sepotong tapi bagi orang macam saya ni memang tak ternilai. Sebab sebelum tu saya ke klinik berdekatan, tapi tiada ubat sembelit.

Tidak perlu makan ubat di farmasi atau klinik. Semua yang ada masalah macam ni boleh cuba.

Noor Maslina 
Www.maskay.my

Memperoleh Keyakinan Pertama Prospek Dalam Masa 11 Saat

Tahukah kita hanya punya 11 saat untuk membina pandangan pertama orang terhadap kita melalui perkataan kita

Apakah yang anda beritahu ketika orang bertanya, apa yang anda lakukan?
Apakah yang anda tulis di ruangan "About" di FB page anda?


Sebagai contoh:
About
-Menjual tudung, atau
-Kain pasang???


Dan bandingkan dengan ini:
About
Kami adalah penjual tudung No 1 di Asia
Kepakaran kami adalah memastikan anda mendapat rekaan tudung yang paling cantik dan terkini supaya anda sentiasa nampak anggun dan tidak segan kerana salah memilih tudung.Berapa ramai yang ingin membeli tudung secara mudah tanpa perlu bersesak-sesak namun mendapat kualiti yang terbaik


Nota:- Ayat ini boleh digunakan bila sesiapa tanya anda tentang perniagaan anda secara berdepan, sms, email, FB dan sebagainya. Ia mampu membina kepercayaan dalam masa beberapa saat sahaja.
- Walaupun ramai yang lebih pakar dan lebih maju tak salah letak "No 1, terbesar, terbaik" kerana Dr Azizan Osman telah mengatakn dia adalah pakar marketing No 1 di Malaysia walaupun baru sahaja bermula beberapa tahun lalu dan dalam masa setahun sahaja menjadi kenyataan kerana berjaya melahirkan beratus ribu usahawan dan banyak jutawan dari seminarnya
- Bukan semua orang tahu tentang bisnes anda jika anda tidak terangkan dengan "Clarity" dan "Clarify"


Cuba anda tukar about anda dan lihatlah hasilnya
 


Template: Kepakaran saya adalah dalam membantu menyelesaikan masalah ________________________________ yang dihadapi oleh ________________________________ dengan cara/formula/strategi __________________Berapa ramai yang ingin tahu bagaimana menyelesaikan masalah sila _________________ (komen/sms/-call to action)


Perkongsian dari seminar Dr Azizan Osman IJI Sept 2013
 

Kisah Saya Siri 1

Assalamualaikum wbth
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW

Sebagai posting pertama, biar saya perkenalkan diri. Nama saya Siti Noor Maslina binti Ab Malek.
Saya merupakan CEO dan pengasas kepada www.maskay.my dan www.lovely-srawberry.com sejak tahun 2011.

Kepakaran saya adalah memberi peluang perniagaan kepada agen "dropship" dan borong untuk menambah pendapatan mereka dengan menyediakan platform dan bimbingan asas internet marketing.
Berapa ramai di luar sana ingin memulakan perniagaan tetapi tiada asas, tiada modal, dan tidak tahu ingin bertanya siapa.

Dalam posting seterusnya saya akan kongsikan pengalaman saya sejak memulakan perniagaan online ini.

bersambung.....

IJI 2013 Terakhir 2013
Dr Azizan Osman


Executive Diploma Internet Marketing
Batch 6, 2013


















Noor Maslina
CEO and founder www.maskay.my aka www.lovely-srawberry.com

Total Pageviews